Strategi KBS bagi mencapai objektif tersebut adalah seperti berikut:
1. Memberi penekanan kepada perubahan minda dan sikap ke arah membentuk generasi belia yang bertanggungjawab, dinamik, dan mempunyai daya kepimpinan yang baik melalui pelbagai program yang diadakan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa;
2. Melengkapkan golongan belia dengan pelbagai latihan dan kemahiran vokasional serta sifat-sifat keusahawanan supaya mereka berdikari melalui kursus secara formal di Institut kemahiran Belia Negara (IKBN);
3. Meramaikan bilangan rakyat ke arah peningkatan kualiti hidup melalui strategi Sukan Untuk Semua dan pengenalan kepada konsep Malaysia Cergas.
4. Meningkatkan pencapaian sukan ke arah kecemerlangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Kumpulan Sasar
Di dalam merangka perancangan strategik dalam memastikan KBS memainkan peranan sebagai badan induk ke atas pembangunan belia dan sukan, sudah semestinya KBS perlu menentukan kumpulan sasar atau pelanggan yang perlu diberikan perkhidmatan.
Penting bagi KBS untuk menentukan kumpulan sasarnya supaya lebih mudah bagi KBS merancang sesuatu program belia dan sukan yang ingin dilaksanakan serta memastikan objektif dan mesej yang ingin disampaikan di dalam sesuatu program itu akan sampai ke kumpulan sasar.
Kumpulan sasar KBS adalah terdiri daripada:
2.Belia berumur di antara 15 hingga 40 tahun [Dasar Pembangunan Belia Nasional]
3. Para atlet Sukan Prestasi Tinggi [Akta Majlis Sukan Negara]
4. Agensi-Agensi Kerajaan
5.Pertubuhan - Pertubuhan Sukan [Akta Pembangunan Sukan 1997]
6.Pertubuhan - Pertubuhan Belia
7. Pertubuhan - Pertubuhan NGO
No comments:
Post a Comment