Sunday, November 1, 2009

STRATEGI KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN


Strategi KBS bagi mencapai objektif tersebut adalah seperti berikut:
1. Memberi penekanan kepada perubahan minda dan sikap ke arah membentuk generasi belia yang bertanggungjawab, dinamik, dan mempunyai daya kepimpinan yang baik melalui pelbagai program yang diadakan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa;
2. Melengkapkan golongan belia dengan pelbagai latihan dan kemahiran vokasional serta sifat-sifat keusahawanan supaya mereka berdikari melalui kursus secara formal di Institut kemahiran Belia Negara (IKBN);
3. Meramaikan bilangan rakyat ke arah peningkatan kualiti hidup melalui strategi Sukan Untuk Semua dan pengenalan kepada konsep Malaysia Cergas.
4. Meningkatkan pencapaian sukan ke arah kecemerlangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.


Kumpulan Sasar

Di dalam merangka perancangan strategik dalam memastikan KBS memainkan peranan sebagai badan induk ke atas pembangunan belia dan sukan, sudah semestinya KBS perlu menentukan kumpulan sasar atau pelanggan yang perlu diberikan perkhidmatan.
Penting bagi KBS untuk menentukan kumpulan sasarnya supaya lebih mudah bagi KBS merancang sesuatu program belia dan sukan yang ingin dilaksanakan serta memastikan objektif dan mesej yang ingin disampaikan di dalam sesuatu program itu akan sampai ke kumpulan sasar.

Kumpulan sasar KBS adalah terdiri daripada:
1. Semua lapisan asyarakat Malaysia
2.Belia berumur di antara 15 hingga 40 tahun [Dasar Pembangunan Belia Nasional]
3. Para atlet Sukan Prestasi Tinggi [Akta Majlis Sukan Negara]
4. Agensi-Agensi Kerajaan
5.Pertubuhan - Pertubuhan Sukan [Akta Pembangunan Sukan 1997]
6.Pertubuhan - Pertubuhan Belia
7. Pertubuhan - Pertubuhan NGO

PEMBANGUNAN SUKAN


MAKLUMAT AM

Visi
Merealisasikan konsep “Sukan Massa” melalui perkhidmatan dan pembangunan sukan dengan menganjurkan program pembangunan sukan yang melibatkan penyertaan ramai dari peringkat akar umbi di semua kawasan sehingga ke peringkat antarabangsa dengan memberi fokus kepada pembangunan Sukan Massa.
Misi
1. Meningkatkan penyertaan masyarakat dalam sukan massa, ke arah mewujudkan perpaduan nasional dan membentuk budaya sukan.
2. Memantap, mengiktiraf dan menambah persatuan sukan massa bagi melahirkan pemimpin dan penggerak sukan massa di semua peringkat.
3. Meningkatkan hubungan mantap dan perkongsian bijak (smart partnership) dengan sektor swasta dalam pembangunan sukan.
4. Mempopularkan Malaysia sebagai pusat aktiviti sukan massa dan penganjuran di peringkat antarabangsa.
5. Memaksimakan penggunaan prasarana dan kemudahan sukan massa bagi memberi lebih banyak peluang penyertaan aktif masyarakat.

Objektif
1. Meningkatkan penyertaan masyarakat dalam sukan massa, sukan lasak, sukan tradisional di kalangan semua golongan masyarakat ke arah mewujudkan perpaduan nasional dan imej “Malaysia Cergas”.
2. Memantap, mengiktiraf dan membantu meningkatkan jumlah persatuan-persatuan sukan massa bagi tujuan melahirkan pemimpin-pemimpin, pengurus dan tenaga penggerak Sukan Massa di semua peringkat.
3. Menyediakan prasarana dan kemudahan-kemudahan sukan bagi memberi lebih banyak ruang kepada penyertaan aktif masyarakat dalam aktiviti-aktiviti Sukan Massa.
4. Meningkatkan hubungan mantap dan perkongsian bijak ( Smart Partnership) dengan sektor swasta dalam pembangunan Sukan Massa.

Fungsi
1. Menyediakan program keilmuan dan latihan kepada semua peringkat di bawah konsep ‘Malaysia Cergas’ yang dianjurkan bersama oleh sektor awam, swasta, pertubuhan sukan dan pertubuhan bukan kerajaan yang lain.
2. Mengukuhkan program pembangunan sukan massa bagi membina masyarakat yang cergas, sihat dan produktif ke arah perpaduan negara.
3. Memantap program sukan massa agar ianya dapat melibatkan semua lapisan masyarakat dari semua peringkat akar umbi.
4. Mengupayakan pertubuhan sukan, rekreasi dan kecergasan supaya dapat menarik minat masyarakat menyokong dan menyertai aktiviti yang dianjurkan.
5. Menyediakan peluang, kemudahan dan prasarana kepada masyarakat untuk melibatkan diri dalam sukan massa serta kepada remaja yang berbakat untuk mendapat latihan spesifik bagi mengembangkan bakat mereka sebagai persediaan ke arah sukan prestasi tinggi yang dikendalikan oleh Majlis Sukan Negara
6. Meningkatkan semangat kesukarelaan dan patriotisma melalui kerja-kerja sukarela bagi memajukan sukan massa.
7. Menyediakan prasarana dan mekanisme yang sesuai bagi kegiatan penyelidikan sukan massa termasuk pemantauan dan penilaian.

Piagam Pelanggan
Keutamaan kami ialah untuk memberi perkhidmatan yang bersih, cekap, cepat dan tepat dalam suasana mesra dengan penuh komitmen dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab kami.
Kami berjanji:
1. Memproses dan meluluskan permohonan bantuan peruntukan projek / aktivit (PK42000) daripada persatuan-persatuan sukan dalam tempoh dua bulan daripada tarikah permohonan lengkap diterima.
2. Menyediakan kalender aktivit tahunan selewat-lewatnya pada bulan Februari setiap tahun untuk dilaksanakan di peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah.
3. Menyediakan laporan lengkap berkitan dengan perlaksanaan program / aktiviti dalam tempoh empat belas (14) hari selepas program / aktivit selesai.
4. Menyelesaikan segala dokumen bayaran dan perbelanjaan khusus atau pembelian dalam masa seminggu.
5. Menyebar dan mengeluarkan maklumat borang khusus dalam masa tiga puluh (30) hari mengikut penjadualan.
6. Bersedia memberi bimbingan dan khidmat dalam sebarang aktivit Sukan Massa selaras dengan Dasar Sukan Negara dan wawaan Negara sepanjang tahun.
7. Memaklumkan kepada persatuan / agensi sebulan sebelum sesuatu program dilaksanakan.
8. Merancang, membangunkan dan memantau program-program Sukan Massa setiap tahun.
9. Mengawas dan menyelaras pembangunana kemudahan Sukan Untuk Semua setiap tahun

LOGO RAKAN MUDA


RAKAN MUDA

MAKLUMAT AM

Visi
Ke arah pembentukan remaja cemerlang lagi gemilang yang dapat menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan Negara

Misi
Melahirkan remaja yang berdisplin, bertanggungjawab, prihatin, dinamik, proaktif, cergas, berkepimpinan, berkemahiran, berdikari, berbudaya, patriotik, kesukarelaan dan daya juang yang tinggi

Objektif
1. Mewujudkan komuniti yang saling berhubung antara sub komuniti dan individu melalui pelbagai kegiatan Gaya Hidup Rakan Muda
2. Mewujudkan unsur prihatin, mahir, dinamik sebagai teras pembangunan modal insan golongan belia dengan semangat "Yakin Boleh Gemilang"
3. Membangunkan imej diri remaja dengan penerapan nilai-nilai positif membina watak, displin, hormat-menghormati, setia, berkerjasama, bersatu dan bersemangat patriotik
4. Memperbanyakkan jaringan hubungan dalam melaksanakan secara bersepadu bersama agensi yang mempunyai kepakaran khusus yang berkaitan dengan Gaya Hidup Rakan Muda

PROGRAM SAMBUTAN HARI BELIA DAN MINGGU BELIA

Kerajaan Malaysia telah menetapkan tarikh 15 Mei sebagai Hari Belia Negara dan Majlis Sambutan/Perhimpunan pada hari tersebut adalah merupakan Program Induk Kementerian. Majlis Perhimpunan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan ini diadakan dengan menekankan kepada penglibatan masyarakat dan belia dalam aktiviti keilmuan dan kemasyarakatan khususnya seperti khemah kerja, khidmat masyarakat dan gotong-royong bersama pemimpin-pemimpin utama negara. Di peringkat negeri pula akan diadakan biasanya pada minggu ke 3 atau ke empat dalam bulan Mei dengan berpandukan konsep yang sama.

Tujuan utama program ini diadakan adalah:-
1.Untuk menyemarakkan belia-belia dengan program-program kegemaran mereka dan bagi melahirkan sensitiviti dan komitmen belia-belia dan masyarakat pada tarikh 15 Mei.
2. Untuk memberikan publisiti dan pengiktirafan yang lebih meluas terhadap pemimpin-pemimpin kanan kerajaan dan masyarakat belia dalam melaksanakan program-program pembangunan belia ke arah pembangunan negara.
3.Untuk mewujudkan belia-belia yang berilmu dan bermaklumat dengan memperbaharui ikrar dan tekad ke arah pembangunan diri dan negara sebagai asas kepada pemimpin masa depan.
4.Untuk memberi kesedaran kepada golongan belia bahawa kerajaan mengambil berat tentang peranan mereka di dalam membangunkan negara ini.

BELIA NEGARA

MAKLUMAT AM

Objektif
Mewujudkan belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu dari segi rohaniah, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab, berdikari, bersemangat sukarela dan patriotik serta menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran bangsa, agama dan negara selaras denagan wawasan 2020.

VISI
Masyarakat belia yang wujud pada tahun 2010 akan mempunyai pelbagai pengetahuan, kemahiran, mengamalkan nilai-nilai murni melalui gaya hidup berkualiti serta menampilkan semangat patriotisme dan sukarelaan yang tinggi bagi menghadapi cabaran globalisasi sebagai penyumbang utama pembangunan sosial dan ekonomi negara.

Misi
Membina generasi belia yang berketerampilan dalam bidang kepimpinan, keusahawanan, kemahiran dan pengurusan organisasi dengan pemupukan nilai-nilai murni dan gaya hidup yang berkualiti bagi memperkukuhkan integrasi nasional dan identiti bangsa Malaysia selaras dengan wawasan 2020.

Fungsi
1. Menyediakan program keilmuan dan latihan kepada generasi muda yang dianjurkan bersama oleh sektor awam, sektor swasta, pertubuhan belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain
2. Mengukuhkan program pembangunan kepimpinan dan bina sahsiah bagi membina kekuatan diri, institusi keluarga, keagamaan dan kemasyarakatan supaya generasi belia dapat berperanan dengan berkesan
3. Memantapkan program latihan keusahawanan, ICT dan menyediakan kemudahan serta peluang perniagaan kepada golongan belia supaya mereka mampu berdikari dan membina kerjaya yang cemerlang
4. Mengupayakan pertubuhan belia supaya dapat menarik minat golongan belia serta masyarakat untuk menyokong dan menyertai aktiviti belia
5. Meningkatkan semangat sukarela dan patriotisme serta memberi kefahaman tentang konsep persejagatan atau globalisasi serta hubungan antarabangsa dikalangan belia
6. Menggalak, melaksana dan menyediakan kemudahan serta aktiviti gaya hidup aktif dan sihat dikalangan generasi muda

Piagam Pelanggan
Bahagian pembangunan belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara akan berusaha ke arah melahirkan masyarakat belia yang lengkap dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran, mengamalkan nilai-nilai murni melalui gaya hidup berkualiti, menampilkan semangat patriotisme dan kesukarelaan yang tinggi bagi menghadapi cabaran globalisasi serta menyumbang kepada pembangunan sosial dan ekonomi negara.

Bagi mencapai hasrat ini, kami berjanji untuk :
1.Memberi perkhidmatan yang bersih, cekap, tepat dan cepat dalam suasana mesra serta bersedia membantu anda apabila anda membuat aduan mengenai perkhidmatan kami.
2. Bersedia memberi maklumat berhubung dengan jenis-jenis bantuan perkhidmatan, latihan dan kemudahan di bawah program pembangunan belia.
3. Bersedia memberi bimbingan dan khidmat nasihat dan melaksanakan sebarang aktiviti/ program pembangunan belia selaras dengan sadar dan wawasan belia negara.
4. Memproses dan memberi kelulusan permohonan bantuan projek/aktiviti (OS 42000) di bawah RM 30,000 kepada pertubuhan /persatuan belia dalam masa satu (1) bulan.
5. Memproses dan memperakukan kepada urus setia bantuan peringkat kememterian semua permohonan bantuan projek/aktiviti (OS 42000) melebihi RN 30,000 dalam masa dua (2) bulan.
6. Membantu dan memantau pertubuhan/persatuan belia peringkat kebangsaan serta mengaktifkan persatuan yang lemah.
7. Memaklumkan penerimaan permohonan pinjaman Tabung Ekonomi Belia (TEB) dalam tempoh dua (2) bulan.
8. Melaksanakan penguatkuasaan bayaran balik pinjaman Tabung Ekonomi Belia (TEB) dengan adil dan saksama tanpa prasangka.
9. Menimbang dan menawarkan kepada belia-belia bagi menyertai program pembangunan belia di dalam dan di luar negara dengan seadil-adilnya.
10. Meningkatkan penyertaan belia dalam pelbagai program dan aktiviti sihat serta menanamkan semangat perpaduan, setiakawan dan kekitaan.
11. Memberi peluang seluas mungkin kepada belia-belia bagi menyertai aktiviti gaya hidup sihat.
12. Memupuk sikap dan nilai murni serta semangat patriotisme dan menyemai serta menyemarakkan semangat kesukarelaan di kalangan melalui perlaksanaan program/aktiviti.
13. Mempastikan latihan yang dijalankan di semua peringkat mengikut modul yang disediakan.

Saturday, October 31, 2009


KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Visi
Peneraju Dalam Mengupayakan Pembangunan Belia Dan Sukan Yang Terbilang Dan Masyarakat Berbudaya Sukan Menjelang Tahun 2015.

Misi
Membina Bangsa Malaysia Yang Patriotik Dan Bersatupadu Melalui Program Pembangunan Belia Dan Sukan Yang Strategik.

Objektif
Objektif Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) ialah:
“ Untuk membina masyarakat belia yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak tinggi dan bergerak maju dalam bidang sosial dan ekonomi serta untuk membina masyarakat yang sihat, cergas dan berbudaya sukan ke arah perpaduan dan pembangunan negara. ”

PEMIMPIN KBS



Y.B. DATO’ AHMAD SHABERY BIN CHEEK


Email : shabery@kbs.gov.my
Tarikh Lahir : 10 Disember 1958
Tempat Lahir : Kijal, Terengganu
Akedemik :
1983 - Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, University Malaya, Malaysia
1986 - Ijazah Sarjana Sains Politik, Universiti Leeds, England
1989 - Diploma Lanjutan “Peace Conflict Resolutions”, University Uppsala, SwedenPengalaman Kerja1986 - 1990 - Pensyarah, Falkulti Ekonomi dan Pentadbiran, University Malaya, Malaysia
1991 - 1992 - Fellow Penyelidik, Institute of South East Asian Studies, Republik Singapura
2004 - Sekarang - Ahli Parlimen Kemaman, Terengganu
Mac 06 - Mac 08 - Setiausaha Parlimen, Kementerian Luar Negara, Malaysia
Mac 08 – April 09 - Menteri Penerangan, Malaysia
April 09 - Sekarang - Menteri Belia dan Sukan Malaysia

PERLANTIKAN :
Kerajaan Persekutuan
2004 – 2006 - Ahli, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (Parlimen)2004 – 2006 - Ahli, Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Perpaduan dan Khidmat Negara
Politik
2004 – 2006 - Pengerusi Hal Ehwal Luar Negara, Kelab Penyokong-Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC)
2004 – 2006 - Ahli Biro Penerangan, UMNO Malaysia
2004 - 2008 - Ketua Penerangan UMNO Terengganu
2001- Sekarang - Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kemaman
2009 - Sekarang - Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia
Kerajaan Negeri
2004- Feb 2008 - Ahli Lembaga Pengarah Kolej Universiti TATi (TATiUC)
2004- Feb 2008 - Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu
2004- Feb2008 - Ahli Majlis Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM)
Persatuan
1981 – 1982 - Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM). (University of Malaya Student Union)
1982 – 1983 - Presiden Persatuan Pelajar-Pelajar Islam Universiti Malaya (University of Malaya Islamic Students Associations)
1989 - 1990 - Setiausaha Persatuan Sains Sosial Malaysia (Malaysian Social Science Association)
*Sumber dari : Pejabat Menteri Belia dan Sukan

SEJARAH

SEJARAH AWAL PENUBUHAN

Sejarah penubuhan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bermula pada tahun 1953 dengan tertubuhnya Bahagian Kebudayaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah diberi tanggungjawab mengenai belia. Seterusnya pada tahun 1964 Bahagian Kebudayaan ini telah dipindahkan di bawah Kementerian Penerangan. Dalam masa yang sama berikutan kegiatan belia secara berpersatuan yang semakin berkembang, maka bagi tujuan memupuk serta memantau perkembangan tersebut, Bahagian Belia telah ditubuhkan di bawah kementerian berkenaan. selain itu di bawah Kementerian Penerangan ini juga telah ditubuhkan Bahagian Sukan.
Kementerian Belia dan Sukan hanya diwujudkan pada 15 Mei 1964 iaitu bersempena Hari Belia Negara pada tahun tersebut. Pada tahun 1972, Bahagian Kebudayaan telah diwujudkan dan dengan itu nama Kementerian Belia dan Sukan ini telah diubah kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sehingga tahun 1987 apabila Bahagian Kebudayaan telah dipindahkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelacongan. Dengan perpindahan Bahagian Kebudayaan tersebut, nama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah kembali kepada nama asalnya iaitu Kementerian Belia dan Sukan, sehingga sekarang.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah diamanatkan untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Malaysia khususnya dalam pembangunan Belia dan Sukan.